BlogHafisz

| Blog infomasi Pilihan |

Mengubah Banner Minisite.



Banner bagi sesebuah minisite (laman jualan), juga sama penting dalam menghasilkan jualan produk.

Cuba lihat ke mana-mana minisite, pada bahagian atas sekali adalah banner dan kemudian barulah ‘headline’ minisite tersebut.

Selain pengunjung minisite yang ingin membaca ‘headline’ yang ditulis, mata mereka pasti terfokus juga kepada banner minisite tersebut.

Jika banner itu kelihatan muram dan tidak menarik, pengunjung itu tadi mungkin atau tidak berada lama di minisite itu.

Seterusnya, langsung tidak tertarik untuk membuat belian. Akhirnya, tidak lagi berminat untuk mencari atau mendapatkan produk yang dijual.

Tetapi, jangan pula gunakan banner yang tiada kaitan dengan produk yang dijual!

Oleh itu, dapatkan produk-produk PLR yang berlambak di luar sana. Produk PLR biasanya didatangkan dengan surat jualan beserta banner.

Gunakan sahaja banner yang telah tersedia.Harus atau mungkin perlu mengubah sedikit banner tersebut mengikut kesesuaian promosi yang ingin di lakukan.

Saya sarankan gunakan dari pakar Mini Blogger.
2 Komentar untuk "Mengubah Banner Minisite."

Dalam minisite, perkara pertama pelawat akan melihat adalah bahagian tajuk. Jadi kena pastikan tajuk tersebut menarik dan menyebabkan pelawat membaca keseluruhan minisite. Wallahualam :-)

Terima kasih dengan tip terbaik dari Tuan. Memang betul :)

 
Copyright © 2014 BlogHafisz - All Rights Reserved
Template By Catatan Info