-->
Kerja di Singapura

Penjenamaan Produk Digital

Advertisement
Jangan Takut Untuk Tiup Arus Perniagaan yang Tersendiri!




Dalam perniagaan internet, tidak boleh sama sekali terlalu merendah diri walaupun seorang ‘newbie’.

Saya mengatakan begitu kerana produk dan laman jualan umpama setitis air yang terkandung dalam sebuah laut.

Maksudnya, berada bersama-sama dengan usahawan (otai mahupun newbie) lain dan terpaksa bersaing dalam melariskan produk digital PLR yang dijual. Kesannya jika terlalu merendah diri, bakal dipandang rendah dan produk pasti tidak akan mendapat sambutan yang luar biasa.


Cara penjenamaan bagi meningkatkan hasil jualan
  1. Berikan bonus produk yang lebih hebat dan berbaloi-baloi berbanding menjual produk itu semata-mata.
  2. Menggunakan sistem pemasaran yang lebih efisien dan menjamin keuntungan seperti pemasaran emel,pemasaran facebook dan pemasaran sms.
  3. Mengubah produk asal supaya menjadi lebih unggul dan diyakini untuk memberi sedikit kelainan daripada yang lain.
Saya tekankan di sini, perkara terpenting harus dilakukan untuk terus berjaya dalam perniagaan internet, perlu keluar daripada kelompok usahawan yang sedia ada!

Seterusnya, jika sudah berjaya dalam meraih jualan yang tinggi terhadap sesuatu produk yang dijual, pastikan  dedahkan atau tunjukkan ‘screenshot’ akaun bank atau paypal kepada bakal pelanggan atau pelanggan.

Jika lakukan perkara sebegini, ia adalah sesuatu yang mengagumkan apabila dilihat dan dibaca oleh orang lain.
 
Hal ini bertujuan untuk buktikan bahawa betapa hebat dan uniknya cara berniaga di internet. Hal ini juga bertujuan untuk membezakan antara usahawan yang lain. Kesannya, diri bakal menjadi buah mulut dalam kalangan usahawan internet dan pelayar internet.

Pelajari Rahsia Produk Digital Ini Dengan Lebih Mendalam.
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments