Ingin mohon kerja pun kena ada tips dan petua..Jangan asyik cari petua mencari pasangan hidup je, hanya gurauan.
"Cepat, saya betul-betul ingin ketahui 7 Petua Mencari Kerja.."
Baiklah, berikut merupakan 7 petua tersebut:
- Berusaha sendiri, hubungi mana-mana tempat yang dapat menawarkan kita kerja. Jangan hanya tunggu iklan kerana kadang-kadang kerja tidak diiklankan
- Jangan terlalu memilih kerja tetapi jangan pula sambil lewa. Tentukan kerja itu sesuai dengan kemampuan diri kita.
- Kaji kestabilan firma/organisasi yang dipohon pekerjaan. Adalah lebih baik jika mendapat peluang bekerja di sektor swasta dahulu untuk mendapat pengalaman.
- 'First Impression' adalah mustahak.Oleh itu berhati-hatilah apabila : Menulis surat permohonan, Membuat panggilan telefon, Menghadiri temuduga.
- Sanggup berkerja dari peringkat bawahan. Fahami masalah tugas dari bawah kerana ini banyak menolong kita menguruskan pekerjaan dengan baik kemudian hari.
- Capai keputusan yang baik / cemerlang dalam peperiksaan. (bagi pelajar)
- Jangan bergantung pada : “Saya Bumiputera lebih senang dapat kerja dan ada keistimewaan”.
Sekarang kita ketahui 7 petua tersebut, bukan? Bila sudah faham, pasti praktikkan. Jika tidak sia-sia sahaja saya kongsi ilmu ini. Umpama masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
Jumpa lagi. Terima kasih.