Kerja di Singapura

Jangan Sedih Jika Gagal

Advertisement
Mungkin kita pernah mengalami satu situasi di mana kekecewaan,putus asa & kesedihan menguasai diri. Ya, memang tak dinafikan, saya sendiri pun pernah merasai situasi tersebut apabila gagal dalam beberapa temuduga kerja. Rasa putus asa sampai tiada selera hendak makan.




Kita tidak perlu risau jika mengalami situasi-situasi negatif tersebut kerana hidup kita sebagai manusia
ada turun naiknya. Sifu saya ada berpesan,

"Jika kau di atas,jangan lupa yang di bawah..Bila kau di bawah, pandang ke atas!"


Maksud pesanan sifu saya ini adalah supaya kita segera bangkit dari kegagalan. Bukan hanya bermuram durja selama beberapa hari, minggu atau tahun apabila ditimpa musibah/kegagalan!


Di sini, saya kongsikan 3 tips utama yang boleh diaplikasikan jika kita ingin bangkit dari kegagalan:

1- Baca Kisah Kejayaan Insan Hebat.

Kalau kita perasan, kebanyakan insan hebat yang telah berjaya terpaksa menempuh beberapa kegagalan sebelum mereka berjaya. Secara tidak langsung, apabila kita membaca kisah mereka, hati kita mulai rasa tenang kerana mengetahui bahawa kegagalan merupakan satu perkara normal yang akan berlaku kepada mereka yang akan berjaya.Insyallah,saya yakin kita pun akan berjaya seperti mereka!


2- Luahkan Kepada Mereka Yang Tersayang.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ketika mendapat kegagalan adalah dengan meluahkan rasa kesedihan kita kepada mereka yang terdekat/rapat dengan kita. Mengikut kajian ahli psikologi, kita akan dapat mengurangkan 75% tekanan apabila kita meluahkan isi hati kepada orang di sekeliling.

Kesedihan umpama 1 bebanan yang perlu ditanggung. Maka jika kita berkongsi bebanan tersebut dengan orang disekeliling, maka sedikit demi sedikit bebanan itu akan hilang! Percayalah!


3- Bedah Siasat

Kita jangan rasa takut pula apabila saya menyuruh bedah siasat. Ini bukan bedah siasat mayat tetapi bedah siasat dalaman diri kita. Cuba periksa balik diri kita, apa kekurangan yang menyebabkan kita gagal. Sebagai contoh,jika gagal temuduga,cuba periksa adakah kita seorang yang petah berkata-kata?

 Dengan melakukan bedah siasat sebegini, kita akan mudah mengenali diri sendiri. Apabila sudah mengenali diri sendiri,maka mudahlah untuk kita menampung segala kelemahan dalam diri.


Ok sahaja, panjang pula saya berceloteh hari ini. Tiba-tiba rasa diri ini seperti seorang pakar motivasi. Hehe.


sekian, terima kasih.



Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments