-->
Kerja di Singapura

Opt-in Dalam Email Marketing

Advertisement

Email marketing merupakan satu kaedah komunikasi bagi perniagaan anda untuk sampai kepada prospek anda. Teknik ini juga merupakan salah satu dari teknik yang paling efektif, paling murah dan cara yang paling kreatif.

Ia menawarkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang mampu mempengaruhi pemilik-pemilik perniagaan untuk menggunakannya. Email marketing boleh diklasifikasikan dalam tiga bentuk. Ketiga-tiga jenis ini mempunyai objektif asas yang sama di dalam memberikan perkhidmatan pada perniagaan anda.




1- Direct Email - Email promosi terus dari anda untuk produk-produk yang ditawarkan

2- Retention Email - Email promosi jangka masa panjang yang tidak padat dengan promosi hanya mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan produk tetapi tidak menekan prospek untuk membelinya.

3- Newsletter Advertising - Email yang lebih kepada maklumat pengiklanan dalam bentuk serampang dua mata seperti memberikan idea atau tip penjagaan kecantikan dengan menggunakan produk anda atau sebagainya.

Anda mungkin akan tertanya-tanya apakah pula yang dimaksudkan dengan "opt-in email marketing" dan apakah kaitannya dengan Email Marketing? opt-in email marketing ialah mengumpul senarai email atau mailing list bagi tujuan pemasaran email nanti.

Opt-in boleh dikatakan sebagai pintu kedai yang perlu dilalui oleh para pembeli atau pelanggan kita. Maka apabila mereka telah melalui pintu kedai tersebut maka mereka secara automatik akan mendapat promosi atau sebarang maklumat mengenai perniagaan dan sebagainya di dalam kedai itu nanti.

Itulah diumpamakan konsep 'Optin' yang memerlukan anda memiliki perisian Autoresponder berbayar / percuma yang mana di dalamnya nanti akan disediakan kod untuk diletakkan di website atau blog anda.

Kod ini kebiasaan berupa borang / form yang mana prospek perlu memasukkan nama dan email mereka untuk berdaftar atau mendapatkan tawaran percuma, diskaun atau sebagainya. Email mereka ini akan dikumpul oleh Autoresponder dan dari situlah bermulanya proses pemasaran email ini.



Gunakan Autoresponder terbaik anda bagi membantu pemasaran email berjalan lancar. Di pasaran Malaysia terdapat Autoresponder yang memberi percubaan 1 tahun percuma dan langganan hanya sekali bayaran iaitu Autoresponder Emelmatik .

Terima kasih.
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments