-->
Kerja di Singapura

Kerja Lepas Bersara?

Advertisement

Ingin merancang cara jana pendapatan selepas bersara?




Sebut mengenai bersara tentu kita akan berfikir apa yang ingin dilakukan untuk jana pendapatan.
Ada yang selalu diperkatakan ialah ' mesti ada perancangan kewangan untuk tempuhi persaraan'.
Bagi saya ini untuk mereka  yang sesuai kepada sesetengah orang tetapi bukan untuk saya.

Isu persaraan adalah satu isu berbeza.  Mungkin bagi kebanyakan pekerja (termasuk di sektor Kerajaan) kita terpaksa berhenti pada usia yang ditetapkan. Tetapi ini tidak semestinya bermakna kita mesti berhenti bekerja sama sekali. Kehidupan selepas bersara adalah tempoh yang mencabar sebab pendapatan semasa kerja dahulu sudah tiada.

Sesetengah orang, bersara bukanlah satu pilihan kerana masih banyak komitmen dan perlu bekerja untuk sambung kehidupan. Secara peribadi, saya akan bekerja selagi ada kudrat tidak kira sama ada saya sudah bebas dari segi kewangan atau tidak.  Cuma jam kerja sahaja mungkin dikurangkan dan jenis kerja disesuaikan mengikut keadaan.

Pekerjaan memberi makna kepada kehidupan dan menunjukkan kita masih lagi berguna kepada masyarakat dan memastikan kita masih ada tujuan untuk hidup.Pelbagai perkara yang boleh dilakukan, tetapi bagi orang yang sudah banyak pengalaman, saya sarankan menpelajari dan menimba ilmu adalah satu aktiviti yang baik.

Mepelajari dan menimba ilmu tidak semestinya dalam bentuk formal, tetapi boleh dalam bentuk tidak formal.  Ini termasuk memberikan menulis blog dan artikel dan sebagainya.Bagi mereka yang ingin menjana pendapatan selepas bersara hanya di rumah,boleh cuba pelajari ilmu ini kerja di rumah .

Artikel ini bukan mengenai kewangan tetapi nilai.  Kadangkala lebih baik jika seseorang yang bersara itu mempunyai sedikit duit tetapi banyak kerja murni untuk dilakukan yang membawa manfaat kepada masyarakat daripada mempunyai banyak wang tetapi sedikit kerja untuk dilakukan.

Terima Kasih.
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments