-->
Kerja di Singapura

Pendaftaran Ibadah Qurban.

Advertisement

Sebelum kita hendak laksanakan Qurban harus fahami dahulu maksudnya. Qurban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 zulhijjah.

Hukumnya sunnat yang amat-amat digalakkan oleh agama terutama di kalangan yang memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu muslim, baligh atau berakal, bebas atau merdeka dan berkemampuan,  iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyrik.

Qurban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Qurban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat nabi ibrahim as yang kemudiannya disyariatkan kepada nabi muhammad saw.

Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan untuk ibadah korban adalah:

1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta

Untuk laksanakan qurban bahagian lembu. Satu nama atas 1 bahagian lembu atau jika ingin qurbankan seekor kambing atau lembu atas satu nama pun boleh.

Hikmah & fadhilat qurban.

-menghidupkan sunnah nabi ibrahim as

-mendekatkan diri kepada allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa.

-menghapus dosa & mengharap redha allah

-mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati

-memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak

Qurban jika boleh laksanakan setiap tahun untuk merebut fadhilat yang telah dijanjikan. Bagi mereka yang ingin laksanakan Qurban jangan tangguh lagi lakukan tempahan segera di eQurban Peneraju Quban dan Aqiqah.

Terima kasih.
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments