-->
Kerja di Singapura

Property Malaysia Menguntungkan?

Advertisement
Pelaburan hartanah di Malaysia ( property malaysia ) ialah suatu pelaburan di mana anda membeli rumah atau premis perniagaan yang belum siap atau sudah siap pada harga yang lebih rendah.

Keuntungan yang bakal anda perolehi daripada pelaburan hartanah ini ada 2 iaitu:-

Samada melalui peningkatan nilai modal (Capital Gain) dengan cara anda menjual semula hartanah
tersebut pada harga jauh lebih tinggi daripada harga belian anda di masa hadapan.

Ataupun cara kedua ialah anda mengutip duit sewa setiap bulan daripada hartanah tersebut.
Inilah mereka biasa panggil sebagai Residual Income atau Passive Income.



Kelebihan Property Malaysia.

Terbukti Boleh Melawan Inflasi Untuk Jangka Masa Panjang.

Memang tidak boleh kita nafikan lagi, harga hartanah akan sentiasa naik jika pemilihan
lokasi hartanah anda tersebut adalah tepat.

Semakin lama anda menyimpan hartanah anda tersebut, dalam masa yang sama juga
semakin meningkatnya kadar inflasi (nilai harga barang),
nilai hartanah anda turut akan melonjak naik.

Anda Mampu Menikmati Pendapatan Sewa – Pendapatan Pasif.

Tahukah anda, pada hari ini, hartanah yang bernilai RM100,000 senang-senang anda
boleh sewakan RM500 atau lebih sebulan.

Bayangkan anda ada 2, 3 atau lebih buah hartanah yang memberikan anda
pendapatan sewa bulanan RM500 minimum setiap satunya.
Bukankah ianya sudah mampu menyamai gaji bulanan kerja tetap anda?

Boleh Jadikan Cagaran Untuk ‘Emergency Case’.

Anda memerlukan wang daripada pihak bank disaat-saat ‘kritikal’ anda?

Usah risau, dengan hartanah milik anda sendiri, anda boleh jadikannya sebagai cagaran
dan gadaian untuk anda buat pinjaman wang di bank.

Satu-Satunya Jenis Pelaburan Boleh Anda ‘Guna-pakai’

Dengan hartanah seperti rumah, anda boleh ‘gunakannya’ untuk kegunaan sendiri anda
disaat anda memerlukannya. Anda boleh duduk dan tinggal di dalamnya.

Boleh Miliki Pada Kos Minima, Tapi Nilai Maksimum.

Untuk membeli sesebuah hartanah yang bernilai ratusan ribu Ringgit, anda cuma perlu
sediakan 10% sahaja sebagai wang pendahuluan.
Yang selebihnya, pihak bank akan dengan rela-hati memberi anda pinjaman.

Malah, sekarang anda boleh dapatkan pinjaman 100%.




Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments