Bagi mereka yang ingin membeli rumah lelong artikel ini dapat memberi situasi cara dapatkan rumah lelong. Jika inginkan lebih dari ini baca dari sifu Rumah Lelong.
Rumah lelong ini dilelong oleh kerana pemilik asalnya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan.Untuk mereka yang inginkan rumah lelong kerana harganya rendah dari pasaran, lakukan tindakan yang tepat sebelum keputusan ingin beli rumah lelong.
Perkara utama kita mesti ketahui proses dari mula hingga akhir lelongan. Jangan ingat beli rumah lelong ini menguntungkan jika tidak ketahui caya yang betul membeli rumah lelong. Nanti akan menyesal tersilap langkah dan merana kerana keadaan rumah dan bayaran pinjaman bank. Saya akan ceritakan situasi biasa membeli rumah lelong dan harap artikel ini sebagai rujukan tambahan.
Lakukan pencarian rumah yang ingin dilelong dan kenal pasti kawasan, lakukan pemilihan yang tepat iaitu harga pasaran kawasan tersebut. Lihat harga lelongan dengan harga pasaran kawasan itu, jika rendah seperti harga pasaran 150k bank lelong 80k ini peluang terbaik.
Kita mesti pergi ke alamat rumah lelong tersebut untuk melihat keadaan rumah. Pastikan rumah berkeadaan baik kerana jika rosak kita mungkin akan kerugian. Jika kos baiki rumah + harga menang lelong bawah harga pasaran ini masih menguntungkan. Memang berbaloi membeli rumah lelong yang lengkap dengan perabot.
Carian Pejabat Tanah atau Pemaju juga mesti kita lakukan untuk membuat siasatan tentang pemilik tanah dan maklumat kediaman tersebut. Lihat juga bil- bil tertunggak jika ada seperti elektrik,air,indah water dan cukai tanah. Lakukan kepandaian untuk mendapatkan semua maklumat tersebut.
Dapatkan Proclamation Of Sale (POS)/ Pengistiharan Jualan, samada daripada pelelong atau mana-mana website berbayar. Telefon atau pergi terus kepada pelelong tersebut untuk dapatkan maklumat yang kita tidak faham dalam POS itu. Maklumat yang penting sepeti 5% ke 10% bank draft yang perlu disediakan.
Semua maklumat sudah ada beli BANK DRAF mengikut jumlah yang ditentukan, samada 5% atau 10% daripada nilai harga rumah tersebut. Pada bank draf ditulis atas nama bank yang tertulis dalam POS, ejaan mesti betul seperti pada POS.
Kita perlu juga sediakan duit tunai, contoh harga 100k jadi bank draff 10k dan menang lelongan dengan harga 120k. Maknanya beza 20k yang ini mesti bayar deposit tunai iaitu 10% 2k. Untuk ini cek tidak diterima.
Pada hari lelongan yang penting bawa kad pengenalan dan salinan, bank draf dan duit tunai. Setelah kaunter pendaftaran dibuka lakukan pendaftaran dengan menyerahkan bank draf dan salinan ic.
Mesti ada dalam fikiran tetapkan harga mengikut kesesuaian dan kemampuan. Dari mula inginkan rumah sehingga selesai lelongan. Salah bajet akan mentebakan masalah pada diri kita kemudian hari.
Bagi mereka yang kali pertama inginkan rumah lelong, saya sarankan cari wakil atau agen yang telah mahir dalam lelongan. Belajar cara betul dan cari pengalaman dari mereka, jika sudah mahir boleh lakukan sendiri atau tingkat ilmu lelongan dari mereka yang pakar Sifu Rumah lelong.
Artikel ini memberi situasi umum dalam mendapatkan rumah lelong, jadi gunakan ilmu ini sebagai langkah pertama untuk dapatkan rumah lelong.
Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments