-->
Kerja di Singapura

Rumah Lelong Bank?

Advertisement


Pasti ramai yang sudah ketahui yang rumah lelong bank ini adalah rumah yang hendak dilelong, tetapi ramai yang tertanya-tanya rumah lelong ini rumah 'Second hand' ke?, Atau rumah pemilik tidak bayar ansuran?

Sebenarnya rumah yang hendak dilelong ini kebanyakan adalah disebabkan pemilik asalnya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanannya. Jadi pihak bank telah mengambil kembali dari pembelinya.

Terdapat juga kes di mana pembeli tidak dapat meneruskan pembeliannya kerana pinjaman banknya tidak mendapat kelulusan. Ini menjadikan rumah tersebut ditinggalkan kosong begitu saja.

Pada masa kini, kebanyakan rumah lelong dalam Malaysia telah didiami oleh pemilik asalnya. Namun bergitu ada juga rumah lelong yang belum pernah di duduki oleh pembeli asalnya.

Rumah lelong ini sebenarnya ada kelebihan dan kekurangannya. Sudah menjadi lumrah, bahawa tidak ada yang sempurna dalam dunia ni. Begitu juga untuk membeli rumah lelong ini. Jika ada rezeki dan bernasib baik kita boleh dapat sebuah rumah yang berkeadaan baik. Dan jika sebaliknya kita terbeli rumah yang sudah teruk keadaan di dalamnya.

Oleh itu untuk membuat pilihan yang terbaik sebelum membeli, buatlah lawat periksa rumah yang dilelong atau dalam bahasa lain 'survey' dahulu terhadap rumah yang hendak kita beli itu.

Apa yang penting, pastikan harga rumah lelong itu betul-betul rendah dari harga pasaran. Agar kos pembaikannya nanti tidak melebihi harga pasaran rumah tersebut.



Sekiranya harga rumah tu terlalu hampir dengan harga pasaran, tetapi kos pembaikan masih di bawah harga pasaran, bermakna pelaburan anda masih berbaloi. Namun jika melebihi harga pasaran, bermakna anda tersilap membuat pembelian atau pelaburan. Lebih baik beli rumah baru saja!

Satu kelebihan yang cukup istimewa tentang harta tanah ini adalah kerana nilai antiknya. Harta tanah ini boleh di ibaratkan sebagai sesuatu yang antik kerana, barang yang antik pasti akan meningkat harganya apabila adanya kesukaran untuk mendapatkanya.

Ini kerana tanah tidak akan berganjak walau dimana ia berada. Oleh itu, dengan membeli rumah, nilainya pasti semakin meningkat. Jadi, melabur dalam hartanah adalah satu pilihan yang bijak. Terdapat individu yang membeli rumah untuk di diami. Dan ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan (untuk sewakan).

Kepada mereka yang belum mempunyai rumah atau sudah memiliki rumah dan mahu menambah harta, apa kata cari dan beli rumah melalui lelongan. Pada masa kini terdapat beratus buah dan mungkin juga beribu buah rumah sedang dan akan di lelong oleh pihak bank. Jika ada rezeki anda boleh memperolehi rumah 20% - 40% lebih murah daripada harga pasaran.

Walau apapun, untuk yang masih baru dan sedang berjinak-jinak dengan rumah lelong ni disarankan agar dapatkanlah dulu nasihat daripada Pakar Rumah Lelong, bukan apa, nanti daripada ingin beli rumah lelong, tidak pasal-pasal kita pula yang kena lelong!

Terima Kasih.
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments