-->
Kerja di Singapura

Berniaga Melalui Facebook.

Advertisement













Perniagaan di Facebook ( FB ) menjadi semakin popular.

Tetapi cara berniaga melalui Facebook perlu tepat dalam usaha untuk perniagaan kita berada dalam arah yang sepatutnya.Sebelum memulakan sebarang bentuk perniagaan kepada bakal-bakal pelanggan melalui FB, Kita harus menetapkan target dan misi yang jelas.


Mengenal pasti pelanggan yang tepat. Kita tidak boleh sewenangnya menjual kepada sesiapa sahaja di FB. Ini tidak akan memberi kejayaan yang seharusnya kita dapat. Salah satu cara untuk kenal bakal pembeli ialah sebelum kita memasarkan produk dan perkhidmatan di FB.


Kita perlu mengenal pasti sasaran pelanggan. Pastikan sama ada  telah wujudkah kumpulan atau  halaman di FB yang dikhususkan buat pelanggan yang menjadi sasaran kita. Sebaiknya kita mengikuti kumpulan-kumpulan dan halaman-halaman ini.


Aktifkan penglibatan dalam usaha mencari kehendak mereka. Akhirnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, Kita semestinya mampu merangka rencana pemasaran yang dapat memenuhi kehendak mereka.


Kita boleh membina laman peminat fanpage atau kumpulan di mana ramai akan mendapat berita dan maklumat terkini mengenai produk dan evolusi kita. Ini juga satu teknik yang bagus untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan. Ini kerana mereka akan mengulas komen baru kita. Cara ini akan membina hubungan lebih rapat antara kita dengan bakal pembeli.


Untuk memilih produk yang mendapat permintaan tinggi ialah cari produk yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah kebanyakan orang. Produk ini  mesti telah diakui keberkesannanya terhadap pengguna. Jangan lupa juga margin keuntungan mestilah 100%, maksudnya jika kos produk RM50 minimum harga jual mesti RM100.


Bagi memudahkan lagi usaha kita untuk berniaga di Facebook buat pemilihan produk yang memudahkan kita membungkus dan pos. Tidak dilupakan jangan jual produk yang mudah rosak ini akan merugikan pilih produk yang menjadi trend terkini oleh pengguna FB.


Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan promosi di FB seperti FB Ads, Fan Page, Groups dan wall peribadi. Caranya, lihat jenama lain atau perniagaan internet lain dan lihat bagaimana mereka mempromosikan diri mereka di FB. Kita harus pelajari dari mereka yang telah berjaya.


Dua kunci penting dalam perniagaan ialah Bijak Mengambil Peluang dan Pantas Bertindak.
Ini adalah kunci yang yang selalu patut kita amalkan untuk berjaya dalam perniagaan.
Untuk lebih berjaya dalam perniagaan di FB pelajari ilmu ini segera FB Cash Formula

Terima kasih.

Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments