-->
Kerja di Singapura

Teknik Pemasaran Facebook.

Advertisement
Pemasaran Facebook adalah salah satu bentuk pemasaran yang paling popular digunakan dalam perniagaanhari ini . Ia disebabkan potensi pengguna yang besar dalam laman rangkaian sosial FB.

Tidak dapat dinafikan hakikat bahawa  pemasaran Facebook adalah sesuatu yang kita perlukan, terutamanya bagi sesiapa yang baru dalam pemasaran internet.

Kita tidak boleh mengabaikan kuasa FB hari ini. Ia adalah benar terutamanya untuk peniaga online yang ingin mendapat lebih banyak  pelanggan-pelanggan sasaran. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir orang sahaja yang dapat  mengecapi kejayaan sebenar daripada pemasaran di FB.

Untuk berjaya dan melakukan pemasaran Facebook secara berkesan, Teknik yang betul mesti digunakan, kita pelajari tekniknya disini :

Teknik bina halaman Fan Page untuk jenama perniagaan.

Salah satu tindakan yang paling berkuasa di FB untuk memberi jenama kepada diri kita atau perniagaan ialah Fan Page. Memandangkan bahawa terdapat sebilangan besar yang melayari FB setiap hari, kita mesti mencipta Fan Page dan kongsi dengan  rakan-rakan.

Kita juga boleh menggunakan Fan Page untuk melancarkan pelbagai produk baru, perkhidmatan atau pertandingan yang dibuka kepada orang ramai untuk mereka sertai.

Teknik memanfaatkan Facebook Fan Page secara maksimum.

Adalah sangat penting untuk kita menghabiskan masa bagi pembinaan halaman Fan Page yang akan menukarkan pengunjung menjadi potensi pelanggan. Tubuhkan halaman Fan Page  untuk setiap produk atau perkhidmatan yang akan dijual melalui FB.

Pada setiap Fan page, pastikan kita berkongsi semaksimum informasi, tips, aktiviti perniagaan , video dan sebagainya. Banyakkan interaksi dengan bakal pembeli dan kurangkan menjual secara berterusan.

Teknik sistem perkongsian gambar yang menarik.

Dengan perkongsian gambar di FB, Kita digalakkan untuk memasukkan gambar yang berkaitan dengan perniagaan. Perkongsian ini mendatangkan  lebih banyak klik berbanding dengan iklan yang tidak bergambar dan peluang untuk viral amat tinggi.

Untuk membolehkan kita dapat meraih keuntungan maksimum daripada kempen kita lakukan. Perkongsian gambar amat membantu dan menarik. Jadi, pastikan memilih gambar yang menarik untuk menghasilkan impak yang besar.

Teknik merancang strategi ' paksa ' pelanggan.

Pernah kah kita menggunakan ayat seperti menyuruh pelanggan lakukan sesuatu. Jika ya apakah hasilnya mesti terbaik. Call to Action adalah 'ayat arahan' atau suruhan. Komponen ini wajib ada setiap pemasaran pengiklanan agar iklan yang dibaca akhirnya mempunyai respons.

Contoh ayat arahan adalah seperti 'Klik di sini', 'Daftar sekarang', 'Tempah Sekarang' , Ini adalah salah satu strategi paksa pelanggan untuk lakukan tindakan sesuatu.


Akhir kata pemasaran Facebook boleh menjadi amat berkesan jika ia dilakukan dengan betul. Pastikan kita tidak terlepas peluang menarik ini untuk mempromosikan perniagaan kecil melalui rangkaian social yang menakjubkan ini. Untuk tingkatkan lagi ilmu pelajari dari pakar pemasaran facebook berkesan .

Terima Kasih.
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments