BlogHafisz

| Blog infomasi Pilihan |

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.




Di internet, terdapat beribu-ribu peluang untuk saya menjana pendapatan sama ada secara sampingan atau sepenuh masa. Bagi saya yang sibuk bekerja dan hanya mahukan pendapatan sampingan melalui internet, saya telah cuba menjana duit dari blogging. Saya akan tulis apa yang membawa kebaikan dan jana pendapatan darinya.

Yang terkini dari saya ialah sertai mini contest yang akan memberi ilmu berguna kepada mereka yang meyertainya dan jika bertuah ada saya dapat jana pendapatan dari mini contest ini.
http://www.sabreehussin.com/blogging/mini-contest-apa-yang-saya-belajar-tentang-buat-duit-dengan-blogging/

Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan , Juan  dan Suri

Buat duit dengan blogging yang baru saya pelajari ialah meyertai affiliate program bagi menjana pendapatan tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program saya cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan.

Saya beri kesimpulan kenapa Affiliate sesuatu yang mudah;

1. Tak perlu modal,join FREE je !

2. Semua 'alat bantu jual' seperti banner,template email disediakan oleh hampir keseluruhan pengeluar produk. Saya hanya perlu copy-paste !

3. Senang dipromosikan, saya akan gunakan blog mudah dan ada hasil.

Saya buat penulisan bukan semata-mata untuk MENJUAL, kerana orang tidak akan beli kalau kita ingin menjual. Tetapi orang akan beli jika kita berjaya membantu mereka untuk membuat keputusan.

Sebagai penulis tip bagi saya ialah ibaratkan diri seorang cikgu. Jadi sebelum sampaikan ilmu tu, pastikan saya sudah mencuba atau kaji produk  yang hendak ditulis.

Jangan jadi sesetengah blogger yang mengambil jalan mudah meniru bulat-bulat tulisan orang lain. Kesannya, bila pembaca bertanya soalan, mereka tak dapat jawab. Masalah kedua yang mungkin timbul, tips tersebut tak pernah berhasil pun, tetapi masa ada tetap update dekat blog. Jadi nampak terang-terangan hanya copy paste.

Artikel yang panjang tidak semestinya isi padat, hanya cerita merapu sahaja. Jadi saya akan menulis artikel yang padat isinya walaupun pendek yang penting pengunjung akan baca sampai habis.

Ini sahaja ilmu yang baru saya belajar melalui buat duit dengan blogger. Masih banyak harus di pelajari bagi mencapai kejayaan dalam bidang blogging ini. Dalam hidup ini ilmu lagi penting dari pendapatan, jika kita mempunyai ilmu apa yang kita lakukan mesti ada hasil.

Terima kasih.



4 Komentar untuk "Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging."

 
Copyright © 2014 BlogHafisz - All Rights Reserved
Template By Catatan Info