Kerja di Singapura

7 Petua Mencari Kerja.

Advertisement
Terus pada tajuk, hari ini saya akan kongsikan 7 Petua Mencari Kerja yang wajib kita ketahui  sebelum memohon kerja.


Ingin mohon kerja pun kena ada tips dan petua..Jangan asyik cari petua mencari pasangan hidup je, hanya gurauan.


"Cepat, saya betul-betul ingin ketahui 7 Petua Mencari Kerja.."


Baiklah, berikut merupakan 7 petua tersebut:



  1. Berusaha sendiri, hubungi mana-mana tempat yang dapat menawarkan kita kerja. Jangan hanya tunggu iklan kerana kadang-kadang kerja tidak diiklankan
  2. Jangan terlalu memilih kerja tetapi jangan pula sambil lewa. Tentukan kerja itu sesuai dengan kemampuan diri kita.
  3. Kaji kestabilan firma/organisasi yang dipohon pekerjaan. Adalah lebih baik jika mendapat peluang bekerja di sektor swasta dahulu untuk mendapat pengalaman.
  4. 'First Impression' adalah mustahak.Oleh itu berhati-hatilah apabila : Menulis surat permohonan, Membuat panggilan telefon, Menghadiri temuduga.
  5. Sanggup berkerja dari peringkat bawahan. Fahami masalah tugas dari bawah kerana ini banyak menolong kita menguruskan pekerjaan dengan baik kemudian hari.
  6. Capai keputusan yang baik /  cemerlang dalam peperiksaan. (bagi pelajar)
  7. Jangan bergantung pada : “Saya Bumiputera lebih senang dapat kerja dan ada keistimewaan”.




Sekarang kita ketahui 7 petua tersebut, bukan? Bila sudah faham, pasti praktikkan. Jika tidak sia-sia sahaja saya kongsi ilmu ini. Umpama masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.



Jumpa lagi. Terima kasih.




Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments