-->
Kerja di Singapura

Sumber Pendapatan Perniagaan

Advertisement

Sumber Pendapatan

sumber pendapatan


Masanya adalah sekarang untuk kita mula mencari Sumber Pendapatan pasif yang akan membantu masa hadapan hidup kita.


Sedikit pesanan dari saya tentang kejayaan menjana sumber pendapatan melalui perniagaan. Sudah pasti keinginan menambah sumber pendapatan wujud di setiap fikiran kita. Saya dan anda semua sama sahaja.


Kita inginkan kehidupan yang tidak dibelenggu masalah kewangan, mampu melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga tanpa dibatasi oleh duit.


Namun, seperti yang kita ketahui dan saya hanya mempunyai 24 jam sehari. 8 jam kerja, 8 jam tidur dan 8 jam untuk melakukan sesuatu bagi diri dan keluarga! Betul..?


Jika kita ingin menambah sumber pendapatan, 8 jam yang terakhir menjadi kritikal. Kita perlu ada satu
cara yang tidak membebankan kita dan keluarga untuk menjana sumber pendapatan.

Ya

Sumber Pendapatan


Ini merupakan peluang yang saya berikan mampu menyelesaikan permasalahan ini. Kosnya rendah, tidak membebankan. Produknya biasa-biasa sahaja, semua orang guna (wajib), tidak perlu "explain" lebih-lebih. Cara urusan jual beli pun mudah dan untungnya pun berpatutan.


Jadi, apa yang tinggal?
Pertamanya, Keputusan.


Keputusan 100% yang kita ingin terjun bersama melibatkan diri atau pun tidak. Ramai yang inginkan sesuatu tetapi tidak mahu buat sebarang keputusan. Mereka mencari dan mencari, saya tidak pasti apa yang mereka cari.


Tidak ada "Tongkat Ajaib" dalam kehidupan. Jikalau kita ingin mencari keyakinan terhadap sesuatu, maka selidiki dan yakinkan diri sendiri dahulu sebelum kita buat keputusan. Jangan buat keputusan terburu-buru kata orang tua.


Bertanya pada yang arif, jika kita ingin buat bisnes, bertanya pada mereka yang biasa buat bisnes. Jangan bertanya mereka yang tidak pernah berniaga, pasti tersasar jawapannya. Jika ingin berniaga makanan barat, jangan tanya tokeh kedai mamak.


Keduanya Komitmen.

Apabila kita telah buat keputusan, saya syorkan kita semak komitmen yang perlu diberikan. Jangan ingat apabila masuk bisnes ini kita terus berangan jadi jutawan! Tidak! Tidak! Tidak! Ini bukan Skim Cepat Kaya!


Komitmen yang saya maksudkan adalah komitmen masa iaitu dalam 8 jam yang terakhir, gunakan 1-2 jam untuk melakukan perniagaan ini dengan tekun.


Baca maklumat yang ada, senaraikan prospek-prospek, berbincang dengan rakan niaga, cari pelbagai jalan bagaimana ingin memasarkan produk ini dan belajar skill perniagaan terpenting iaitu bagaimana ingin mempromosi bisnes kita.

Sumber Pendapatan


Ok, itu pesanan saya. Sesuatu yang hebat tidak dibina dalam sehari dua. Berikan diri kita masa untuk mempelajari perniagaan ini dan lakukan dengan betul. Tetapi, sebelum itu buat keputusan.


Saya ada bina kumpulan di FB mengenai buat duit dengan handphone. Anda pasti berminat untuk ketahui maklumat tertutup ini kan, mudah sahaja untuk sertai kumpulan ini Buat Duit Dengan Handphone


Kita semua juga ingin cari sumber pendapatan supaya impian jadi kaya tercapai dalam hidup
Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments