![]() |
Teknik Pemasaran Email |
Apa itu Database dalam teknik pemasaran email?
Maksudnya pelanggan yang memberikan nama dan email mereka selepas terbaca info yang kita berikan iaitu opt-in dalam Email Marketing. Dalam bahasa lain orang Panggil " Money In The List ". Tetapi ramai yang tidak gunakan dan akhirnya kita bersusah payah promosi sana sini, sebenarnya jika kita ' work smart ' kerja akan boleh dikurangkan.
Sila baca perkongsian ini,
Work Smart Vs Work Hard
Work Hard:
Kita ambil produk affiliate, kerja seorang affiliate cuma mempromosikan link affiliate sahaja, kemudian dapatkan sebanyak pelawat yang boleh. Katakan kita promosi produk A, harga produk Rm100 komisen 50%
Kita promosi bersusah payah akhirnya dapat 100 klik 5 jualan komisen dapatlah Rm250 (Dikira baik tetapi masih ada lagi cara yang lebih baik). Tetapi jika saya kata dari 100 klik kita boleh dapat 10-20 jualan? Boleh percaya ke.
Macam mana?
Boleh dengan adanya DATABASE PELANGGAN
Work Smart:
Formulanya seperti di bawah
PELAWAT -->> SQUEEZE PAGE -->> LIST-->> OFFER KITA-->>DUIT
Kita hantar pelawat ke squeeze page ( Laman Web Yang Perlu Masukkan Nama & Email ) katakan ada pelawat berminat dengan info kemudian memberikan maklumat untuk mendapatkan info lebih lanjut. Dari sini sahaja kita sudah berjaya mendapat pelanggan, kemudian akan ada satu sistem yang akan membantu kita membuat promosi secara automatik.
Sistem tersebut dipanggil Autoresponder ( AR ).
Katakan ada pelawat tadi terbaca info follow-up yang kita telah setting sebelum ini kemudian membuat pembelian dari situ maknanya kita akan menerima komisen.
Kesimpulan:
Jika kita promosi produk A Rm100 komisen 50% menggunakan formula yang baru saya katakan tadi. Jualan anda pasti akan meningkat 20-30%, Kerana dari kajian 100 pelawat jika diberikan info percuma 10-20% akan memasukan nama & email iaitu lingkungan 20 orang.
Lihat kita sudah mempunyai 20 pembeli targeted, katakan dari 20 orang yang berminat tersebut kita follow-up secara automatik dari sistem emel follow-up tersebut 10 jualan terhasil.
Jadi 10x50 = RM500
Jadi mana pilihan kita RM250 atau RM500. Sudah semestinya RM500 kan
Jadi secara keseluruhannya DATABASE SANGAT PENTING ( Work Smart ) dalam membantu kejayaan teknik pemasaran email kita.
Business Email Marketing Internet Internet Marketing tools marketing